Monday, 29 September 2014

10 sebab Perth menjadi pilihan pelancong

Teks: Asiah Budiman
Gambar: koleksi sendiri

Apabila menjemput kenalan atau saudara di lapangan terbang Perth, kami dapati sangat ramai pelancong yang datang ke sini. Perth bukan sahaja menerima pelancong dari Malaysia tetapi dari negara-negara yang lain. Jika anda ingin tahu apa istemewanya Perth, saya kepilkan 10 sebab mengapa Perth menjadi pilihan utama pelancong.

1) Lokasi Perth 
Perth terletak di sebelah barat Australia. Oleh sebab itu, Perth lebih dekat dengan negara-negara Asia berbanding state lain di Australia. Jika mahu mengunjungi Australia, Perth boleh jadi destinasi pertama anda kerana penerbangan dari Kuala Lumpur ke Perth hanya mengambil masa 5 jam sahaja. 
     
2) Jualan murah (sale) oleh syarikat penerbangan. 
Untuk mengunjungi Perth dari Kuala Lumpur, ada dua sahaja syarikat penerbangan yang menawarkan penerbangan ini iaitu Malaysia Airline (MAS) dan Airasia. Selain MAS dan Airasia, Jetstar dan Tiger airways juga ada penerbangan ke Perth  tetapi berlepas dari Singapura dan bukannya Kuala Lumpur. Pengunjung mestilah rajin untuk melawat website syarikat-syarikat ini untuk mendapat tawaran yang hebat. Ini kerana sentiasa ada sahaja jualan yang ditawarkan dari masa ke semasa. 

3) Pengangkutan awam yang sangat efisen
Dari airport sahaja ada 'bus shuttle' yang disediakan untuk pengguna ke Perth City. Bas ini beroperasi setiap sejam dan tidak perlu tempahan awal tiket, hanya perlu dibeli dari pemandu bus (aud15 sehala).
Apabila tiba di Perth City, pelawat boleh menggunakan CAT Bus yang percuma untuk
Banyak bas dan keretapi Transperth beroperasi berseiringan. Transperth juga beroperasi hampir ke setiap suburb atau taman perumahan di sini. Saya sangat gemar menggunakan perkhimatan awam ini kerana pengangkutannya sangat efisen dan menepati waktu yang telah ditetapkan. Jadi mudah buat pengguna untuk merancang perjalanan sebelum keluar dari rumah lagi.

4) Berinteraksi dengan alam sekitar
Penjagaan terhadap alam sekitar dititikberatkan di negara ini. Untuk menambahkan pendidikan dan kesedaran terhadap alam sekitar, banyak tempat-tempat yang telah dibina buat pelancong dan penduduk tetap di sini. Antaranya seperti Caversham Wildlife Park, dimana pelawat boleh memegang dan memberi makan kanggaru, berinteraksi dengan haiwan-haiwan tempatan lain seperti wombat dan koala. 

5) Mesra kanak-kanak, orang kurang upaya dan warga emas
 Hampir semua tempat di sini akan ada kemudahan laluan untuk membawa kerusi roda dan juga kereta sorong anak. Ada juga tandas khas buat OKU dan ibu bapa. Kemudahan ini boleh didapati di tempat membeli belah dan tempat-tempat destinasi pelancongan yang lain.

6) Cuaca yang baik
Walaupun cuaca di Perth sukar dijangka pada sesetengah masa tetapi ia tidaklah terlalu sejuk atau panas berbanding dengan tempat lain. Oleh itu, cuaca yang baik di Perth ini sangat sesuai untuk semua jenis umur. Dengan persiapan pakaian yang betul mengikut musim, pelawat boleh menjalani hari-hari disini dengan tenang tanpa risau akan cuaca yang melampau. 

7) Kopi, aiskrim dan coklat
Bagi peminat makanan dan minuman di atas akan meminati Perth. Kopi, aiskrim dan coklat boleh didapati dengan mudah dari pelbagai kedai di seluruh negeri dan sangat berkualiti.

8) Pilihan makanan halal
Sebagai seorang muslim, kita disarankan menjaga pemakanan dengan makan makanan yang baik dan halal. Perth telah berkembang menjadi tempat pelancongan yang utama, jadi banyak restoran dan tempat makan telah mengambil inisiatif untuk mendapatkan lesen halal. Oleh itu, pelancong muslim tidak perlu risau lagi untuk mencari makanan yang halal di Perth.

9) Suasana tenang dan sesuai untuk pelancong
Rata-rata penduduk di sini pada setiap hari akan sibuk ke kerja tetapi mereka sangat suka rekreasi dan meluangkan masa bersama keluarga. Jadi suasana di Perth tidaklah sesibuk negara lain dan sesuai untuk aktiviti-aktiviti seperti ini.

10) Destinasi pelancongan, lapangan terbang dan tempat penginapan tidak jauh dari satu sama lain.
Apabila merancang perjalanan pelancongan, saya akan dapati tempoh untuk mengunjungi semua tempat yang menarik di Perth dan sekitarnya hanya memerlukan seminggu sahaja. Sebagai contoh, Pinnacles terletak di Nambung National Park dan hanya dua jam setengah perjalanan dari Perth City.

Jika anda ingin melancong atau berehat sebentar dari mehnah kerja dan kehidupan, pertimbangkanlah Perth sebagai salah satu destinasi pilihan anda.

                   (Kembara bersama anak-anak dan sahabat ke Pinnacles, Nambung National Park)

No comments:

Post a Comment