Wednesday, 24 September 2014

5 tip ajar anak duduk di carseat


Teks: Asiah Budiman

Pengalaman melahirkan anak pertama dan kedua di bumi kangaroo ini, mengajar saya pentingnya mengajar anak duduk di carseat sejak awal lagi. Apabila ingin pulang ke rumah bersama bayi yang baru satu hari umurnya, suami saya akan menjemput kami di lobi hospital bersama kereta. Kereta tersebut mestilah sudah siap dilengkapi car seat atau bassinet.

Pembelian carseat merupakan aset yang sangat berharga buat kami. Bukan sahaja carseat penting untuk keselamatan anak tetapi ia juga merupakan undang-undang jalan raya sangat ketat dipantau di negara ini. Saman untuk pemandu yang menpunyai penumpang kanak-kanak yang tidak duduk di carseat saja boleh mencecah $500 iaitu lebih kurang RM1500. Harga carseat yang baru selepas jualan sale paling murah boleh dibeli dalam harga $100 (iaitu RM300). Banyak juga carseat terpakai atau 'second hand' boleh dibeli dengan harga yang lebih murah. 

Jadi apa yang perlu dibuat selepas membeli carseat yang diidami, memasang carseat dengan langkah keselamatan yang ditetapkan dan anak masih menangis dan meraung mahu keluar dari tempat itu? Disini saya kongsikan 5 tip utama untuk ajar anak duduk dalam carseat:

1) Beri anak makanan 'snack' atau jajan.
Saya selalu siapkan jajan untuk anak-anak bila mahu keluar rumah. Anak saya suka makan buah-buahan, jadi bekal seperti kismis, potongan epal dan biskut akan disiapkan sebelum keluar. Walaupun kereta kami tidaklah sebersih kereta orang lain, tetapi saya yakin keselamatan anak saya terjamin dan ayahnya tenang untuk memandu kami sekeluarga ke destinasi.

2) Sediakan DVD player dalam kereta
Bagi saya, DVD player ialah 'distraction' paling berkesan buat anak. Ibu bapa boleh ambil peluang ini untuk mengajar anak dengan pelajaran yang ingin diterapkan buat anak itu melalui menonton DVD. Tidak kira cerita dinosour berwarna ungu yang suka menari atau kumpulan kanak-kanak bernasyid alif baa taa, itu terpulang kepada cita rasa ibu bapa.

3) Keluar rumah betul-betul sebelum waktu tidur siang anak.
Ini juga cara yang baik untuk anak-anak berehat didalam kereta. Anak-anak akan segar apabila sampai ke destinasi dan semua orang akan ceria menjalani hari

4) Bermain dengan anak di dalam kereta.
Tidak kira ibu bapa siapkan permainan atau 'toy' kegemaran anak didalam kereta atau ibu bapa sendiri yang bermain dengan anak-anak. Antara kegemaran anak sulung saya ialah 'game sighting', contohnya saya tanya, "Anas, can you find a blue bus?". Anak saya akan menunjuk ke arah bas itu di atas jalan raya. Cara ini boleh digunakan untuk mengajar anak mengenali warna, pelbagai jenis kenderaan dan kosa kata yang baru.

5)Íbu perlu duduk dihadapan dan bukan di sebelah anak.
Mungkin cara ini berat untuk seorang ibu. Mengikut pengalaman saya, anak saya akan lebih merengek dan menangis bila saya duduk disebelahnya. Apabila saya duduk dihadapan, anak saya akan lebih gemar bermain dengan abangnya atau melihat pemandangan diluar kaca tingkap kereta.

Kongsikan disini tip mana menjadi kegemaran anda atau anda sebagai ibu bapa ada tip yang menarik boleh dikongsikan bersama.






7 comments:

  1. Assalamualaikum
    Asiah,
    Kalau baby, cara pasang carseat adalah dibelakang rear facing.mcm mana Klau ana drive sorg bersama anak dan biar anak kat belakang ye.sekarang gamble pasang kat seat depan sebelah pemandu sebab takut anak tersedak tak nampak.any tips?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum
    Asiah,
    Kalau baby, cara pasang carseat adalah dibelakang rear facing.mcm mana Klau ana drive sorg bersama anak dan biar anak kat belakang ye.sekarang gamble pasang kat seat depan sebelah pemandu sebab takut anak tersedak tak nampak.any tips?

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam Khansa..jazakillah singgah blog ana.
    Anak tersedak sebab apa ye? minum susu ke..ke makan something?
    Car seat diletak rear facing/pandang ke belakang adalah utk baby yg masih kecil 0-6 bulan atau masih belum boleh duduk dgn sendiri..kalau dah boleh duduk, insyAllah boleh tukar ke forward facing.
    Jika belum sesuai utk tukar, boleh guna cermin khas utk car seat. boleh didapati dr kedai specialiti bayi dan diletak di hadapan head rest kerusi yg diletak car seat tersebut, jadi muka baby akan berhadapan cermin tersebut. Khansa boleh lihat muka baby dari cermin tersebut, imej terpantul ke front mirror pemandu.
    Tip lain, saya cadangkan latih anak guna car seat utk 'short distance' seperti ke kedai yang berdekatan supaya biasa duduk di belakang. Baby food boleh bg dlm bentuk pouch daripada finger food utk elakkan tersedak.
    Lagi satu, sgt bahaya letak anak di hadapan, sbb nauzubillah impak dari air bag boleh patahkan tengkuk bayi.

    ReplyDelete
  4. Terima Kasih Asiah atas nasihat yang diberikan. Risau anak tersedak masa dia kecik lagi. Kadang2 muntah tiba2 keluar susu dari hidung dan mulut.

    Alhamdulillah anak dh masuk 6bulan, boleh duduk tapi belum kuat lagi. Masih perlu support. Mungkin dah boleh tukar ke front facing dan duduk di seat hadapan? Atau memang car seat hanya sesuai diletak di tempat duduk belakang?

    ReplyDelete
  5. Terima Kasih Asiah atas nasihat yang diberikan. Risau anak tersedak masa dia kecik lagi. Kadang2 muntah tiba2 keluar susu dari hidung dan mulut.

    Alhamdulillah anak dh masuk 6bulan, boleh duduk tapi belum kuat lagi. Masih perlu support. Mungkin dah boleh tukar ke front facing dan duduk di seat hadapan? Atau memang car seat hanya sesuai diletak di tempat duduk belakang?

    ReplyDelete
  6. Bila anak dah boleh duduk, dah boleh tukar ke front facing. Atas sebab keselamatan, tak digalakkan diletak di tempat duduk depan, hanya belakang sahaja.
    Sangat bahaya letak dihapadan sebab airbag boleh patahkan tengkuk baby. Lebih selamat duduk dibelakang.

    ReplyDelete
  7. Ok noted. Thank you again Asiah. Boleh train dia duduk belakang dah kot.. :)

    ReplyDelete