Sunday, 28 September 2014

Cara yang betul untuk mengisi incoming pessenger card

Teks: Asiah Budiman
Gambar: Australian immigration website

Australia merupakan sebuah negara yang amat menitik beratkan keselamatan negaranya. Ini kerana negara ini merupakan sebuah benua dan juga sebuah pulau yang hanya dikelilingi oleh perairan. Jadi kemasukan anda dan setiap bagasi anda di Perth akan diselidik dengan rapi oleh pegawai kastam.

Antara cara pemeriksaan yang dibuat adalah seperti scan semua atau sebahagian bagasi, beri kepada anjing terlatih kastam untuk menghidu semua bagasi atau mengeledah bagasi yang dicuragai ada benda yang terlarang untuk masuk ke Australia.

Jika anda mahu mengelak penyelidikan yang serius seperti di atas dan anda mahu pengurusan anda cepat di kastam, anda perlulah mengisi incoming pessenger card dengan berhemah. Incoming pessenger card akan diserahkan kepada pengunjung di atas pesawat oleh anak kapal. Jika kad itu tidak diserah waktu di atas pesawat, kad-kad juga disediakan di meja pengisian kad terletak betul-betul sebelum kastam (cop passport).

Sila rujuk rajah dibawah untuk rujuk cara yang betul untuk isi kad ini. Rajah dibawah adalah contoh, sila baca setiap soalan yang tertera di dalam kad. Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah:
1) Setiap kad perlu diisi untuk setiap ahli keluarga termasuk bayi.
2) Saya sarankan mengisi kad ini diatas pesawat supaya tidak perlu beratur panjang di kastam.
3) Kad mempunyai dua bahagian, wajib isi bahagian depan dan belakang
4) Perlu DECLARE barangan seperti rokok, arak, duit lebih dari aud10 ribu, barangan diperbuat daripada haiwan, tumbuhan dan susu. Declare bermaksud anda perlu beritahu tentang kewujudan barangan tersebut dan perlu jujur bila ditanya oleh pegawai kastam tentang barangan tersebut.
5) Sediakan satu bag yang asing untuk meletakkan barang yang perlu declare. Ini memudahkan pegawai kastam menyemak bagasi anda.
6) Sikap jujur adalah lebih baik daripada didenda oleh pihak kastam. Jika tidak pasti atau tidak faham, perlu beritahu keadaan anda kepada pihak kastam sebelum menjawab apa-apa soalan.

Contoh kad incoming pessenger card dalam bahasa melayu

Alamat rumah boleh isi alamat penginapan yang telak ditempah di Perth. Jika anda ingin perkhidmatan booking dan mencari penginapan di Perth, kami sedia membantu. Kami juga menawarkan pakej percutian di Perth. Sila rujuk entri pakej percutian di Perth.


Untuk menggunakan servis pakej percutian kami, hubungi saya melalui:

Email: asiah.budiman@gmail.com
Whatsapp: +61423189464

No comments:

Post a Comment