Thursday, 2 October 2014

Kaabah, Haji dan Kolaj

Teks: Asiah Budiman
Gambar: Koleksi keluarga

Hari arafah merupakan hari yang bersejarah buat umat Islam. Kami di Perth mengambil kesempatan ini mengenalkan kepada anak-anak kami tentang kisah di sebalik ibadah Haji. Kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail boleh didapati dari video di youtube. Antara fokus yang mahu diterapkan ialah pembinaan Kaabah sebagai rumah ibadah umat Islam dan kesatuan umat Islam dilihat pada kedatangan semua muslim dari seluruh dunia untuk menunaikan ibadah haji.

Selepas menonton video, anak-anak diberi aktiviti kesenian kolaj. Bukan sahaja aktiviti ini mudah disediakan tetapi anak-anak juga suka aktiviti melibatkan gam dan kertas warna-warni. Hanya gam, helaian kertas A4 bergambar Kaabah dan keratan warna hitam, biru dan kuning yang diperlukan. Selain anak-anak dapat berinteraksi antara satu-sama lain, ibu bapa juga dapat merehatkan minda dan tenaga. Ini kerana aktiviti ini boleh dikatakan aktiviti yang tenang dan senyap.

Alhamdulillah selepas aktiviti hari ini, anak-anak dapat juga kosa kata yang baru seperti Kaabah, Haji dan nama-nama Nabi. Semoga aktiviti hari ini menjadi perangsang untuk mendidik anak-anak dengan nilai-nilai Islam. 

Nota kaki: Terima kasih buat kakak ipar dan keluarga untuk menganjur aktiviti pada hari ini.

No comments:

Post a Comment