Thursday, 10 September 2015

Makanan Halal di Perth

Teks: Asiah Budiman
Gambar: Carian Google dan www.aussiemuslims.net

Ramai pelancong yang ingin mengunjungi Perth pasti akan bertanya perihal makanan halal. Ramai juga yang bertanya di mana tempat untuk membeli barangan mentah yang halal untuk dimasak sepanjang percutian di Perth. Sebenarnya tidak ada jawapan yang spesifik untuk pertanyaan ini kerana tidak ada satu kedai yang menjual semua keperluan masak yang halal dan sekali gus menjual barang runcit citarasa orang dari Malaysia. Jika diberi kesempatan masa saya akan menyusuli satu lagi entri untuk berkongsi tempat-tempat makan citarasa Malaysia atau restoran yang halal di sini. Entri ini khas buat pengunjung yang mahu masak sendiri di apartment atau rumah tumpangan mereka. Suka saya berkongsi disini buat pembaca yang ingin mengunjungi Perth, terdapat juga kemudahan barbeku percuma di taman-taman tempat tarikan pelancong.

Image result for what is colesBarangan runcit seperti bawang, telur, susu, jus, yogurt, keju, roti, buah-buahan dan sayuran sangat mudah didapati di pasar raya. Pasar raya seperti Coles, Woolworth dan IGA tersegam indah di setiap kawasan tempat tinggal atau perumahan. Pasar raya seperti Coles dan Woolworth dibuka setiap hari seawal 8 pagi sehingga 9 malam kecuali hari minggu dimana kedai ini tutup pada jam 5 petang. IGA pula dibuka seawal 7 pagi sehingga jam 9 malam kecuali hari minggu. Hampir kesemua bahan asas sepatutnya halal dan boleh dimakan. Jika khuatir, boleh rujuk kandungan produk tersebut. Ada juga produk yang telah diiktiraf halal dan akan disertakan logo AFIC seperti dibawah. Ada juga produk import yang telah diiktiraf halal oleh negara masing-masing dan mempunyai logo halal negara tersebut.


Image result for what is woolworthAFIC Logo
(Logo halal dari AFIC)

Bagaimana pula dengan barangan basah seperti ayam, ikan dan daging? Pasaraya seperti di atas membekalkan ayam yang halal dimakan berjenama Steggles seperti logo dibawah. Steggles membekalkan potongan ayam, ayam yang diperap dan pelbagai produk beku seperti nugget dan burger dan kesemua produk dari jenama ini adalah halal. Ikan yang segar juga boleh didapati di sini tetapi harganya lebih mahal daripada dibeli di pasar ikan. Daging lembu atau kambing pula boleh dibeli dari 'halal butcher' di sekitar Perth. Sila rujuk website ini untuk carian daging halal di tempat penginapan anda. 


Steggles quality Australian chicken and turkey products

Bahan masakan dari Malaysia seperti beras, serai, mee, bihun, biskut, ikan bilis, dan belacan boleh didapati di 'asian groceries' atau lebih dikenali sebagai 'oriental shop'. Saya tidak senaraikan kesemua kedai-kedai asia ini kerana ia sangatlah banyak dan ada dimana-mana sahaja. Oleh itu, pengunjung perlu buat carian sendiri kedai yang mana paling hampir dengan tempat penginapan anda. Selamat melancong atau selamat membuat persedian untuk melancong.

No comments:

Post a Comment