Sunday, 13 September 2015

Panduan Lesen Memandu bagi Pengunjung ke Perth, Western Australia

Teks: Asiah Budiman
Gambar: Carian Google

Antara persediaan penting ke Perth, Western Australia ialah menyewa kenderaan dan menaiktaraf lesen memandu. Ramai kenalan bertanya lesen apa yang boleh digunakan di sini dan perlukah memohon Permit Memandu Antarabangsa (International Driving Permit)?

Berdasarkan penjelasan dari sesawang Jabatan Pengangkutan di Western Australia, pengunjung ke Western Australia yang memegang lesen dari negara asing boleh memandu di negeri ini selagi lesen tersebut masih sah. Tidak kira tujuan pengunjung datang ke Perth atas tujuan bisnes, bekerja, belajar atau melancong, boleh menggunakan lesen dari negara masing-masing mengikut beberapa panduan.

Panduan tersebut ialah lesen tersebut mestilah dalam bahasa inggeris. Jika tidak, perlu menggunakan Permit Memandu Antarabangsa atau perlu menterjemahkan lesen tersebut. Ya betul, sebelum ini, pengunjung dari Malaysia akan memohon Permit Memandu Antarabangsa. Pelajar di Perth juga akan menterjemahkan lesen mereka di Konsulat Malaysia. Akan tetapi, selepas Kementerian Pengangkutan Malaysia memperkenalkan Lesen Memandu Bersekuriti Tinggi, perkara di atas tidak perlu lagi. Ini kerana, lesen baru ini ada penggunaan dwi bahasa jadi boleh digunakan selagi lesen itu masih sah. Semoga panduan ini membantu persediaan pembaca ke bumi Perth.

\ 
(Contoh penggunaan dwi bahasa dalam Lesen Memandu Bersekuriti Tinggi


No comments:

Post a Comment