Monday, 23 November 2015

5 Cadangan Restoran Halal di Perth

Teks: Asiah Budiman
Gambar: Koleksi Peribadi dan carian google

Berikut merupakan restoran yang menjadi pilihan saya dan keluarga. Tiap kali ada saudara yang mengunjungi Perth, kami pasti akan bawa ke restoran-restoran ini. Sememangnya banyak lagi restoran yang halal di Perth. Pengunjung boleh rujuk di website ini. Saya sarankan pengunjung untuk bertanya kepada tuan kedai jika terdesak untuk makan di sesuatu tempat di Perth. Mungkin sahaja makanan yang disediakan itu halal tetapi tidak memaparkan sijil halal.

Turkish kitchen merupakan restoran masakan dari Turkey. Terdapat tempat duduk yang selesa dan roti di bakar segar dari oven di kedai ini. Kedai ini buka setiap hari dari 11 pagi hingga 9 malam. Cadangan menu masakan untuk pengunjung seperti Kebab, Samsun Pide, Sizzling hot plate dan Lamb Iskandar. Restoran itu terletak di 1019 Albany Highway, Victoria Park. 



Kaili’s Fish Market Cafe merupakan restoran yang pasti dipenuhi pengunjung kerana kesegaran makanan lautnya. Restoran ini boleh dikunjungi apabila melawati Fremantle dan E-shed untuk membeli cenderamata iaitu di 46 Mews Road, Fremantle. Restoran ini terdapat dua bahagian iaitu, makanan laut segar dan fish and chips. 


Jika pengunjung mahu makan masakan melayu atau cina saya cadangkan ke Malaysian Dining Delight di 111 Manning Road, Bentley. Pengunjung perlu menempah meja untuk mengelakkan menunggu dan sesak. Untuk ayam golek dan lamb rib yang sangat sedap boleh kunjungi ke Charcoal Chicken atau di Charco's The Falming Chicken di Warton Road, Huntindale. Outback Jack Cannington menjadi pilihan pengunjung untuk makan steak  dengan harga yang berpatutan.


No comments:

Post a Comment