Wednesday, 18 November 2015

Pemandangan Perth di Waktu Malam: Kings Park Botanic Garden

Teks: Asiah Budiman
Gambar: Carian Google


Setiap hari perjalanan di sekitar Perth akan mengambil masa dari pagi hinggalah jam 3 petang. Oleh kerana kebanyakan kedai dan destinasi pelancongan tidak buka selepas jam 5 petang, tiada banyak aktiviti atau tempat yang dapat dikunjungi pada waktu malam. Pada waktu malam, pengunjung diingatkan untuk beraktiviti dengan berhemah dan tidak mengganggu jiran di tempat penginapan.
Kedai yang akan buka sehingga jam 9 malam adalah kedai groceries seperti Coles dan Woolworths. Kedai-kedai seperti ini akan ada sekurang-kurangnya satu di setiap taman perumahan di Perth. Pengunjung boleh semak applikasi google map untuk mencari kedai yang paling dekat dengan tempat penginapan.
Buat kenalan dan saudara yang mengunjungi Perth, saya akan cadangkan mereka untuk ke Kings Park untuk melihat pemandangan waktu malam. Pada waktu malam, pemandangan Perth City akan terpancar dengan lampu-lampu dari menara, banggunan dan jalan-jalan di sekita Perth City. Kings Park boleh juga dikunjungi pada siang hari dengan taman-taman botanik yang dapat diterokai.

(Pemandangan Perth City dari Kings Park pada waktu malam)

(Pemandangan pada siang hari)

Selain itu, pada waktu malam juga pada hari khamis sahaja, pengunjung boleh menjalankan shopping di kedai-kedai seperti Target, Kmart, ToyRus. Ini kerana hari khamis merupakan satu-satunya hari yang ke semua kedai tutup lewat, Hari khamis di Perth lebih dikenali sebagai ‘late night shopping’.

No comments:

Post a Comment